Memaparkan catatan dengan label Melaka. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Melaka. Papar semua catatan

Isnin, 19 Januari 2015

Alat Bantu Pendengaran Siemens Binax

Siemens BINAX dilancarkan di Malaysia pada 17 Januari 2015 di Kuala Lumpur dengan memaparkan kualti Pendengaran yang jelas berbeza. 

Siemens Binax menjimatkan bateri dan menitikberatkan kejelasan suara walaupun di dalam suasana bising. Ahli pengkaji Siemens berjaya mencipta alat bantu pendengaran yang berjaya mengatasi masalah bunyi bising. Mereka berani menyatakan kualiti suara mengatasi pendengaran normal. 

Pastikan anda cuba alat bantu pendengaran Siemens Binax sebelum membuat keputusan membeli jenama lain. 


Rabu, 8 Oktober 2014

Alat Bantu Pendengaran SKY Q oleh PHONAK

Siri Alat Bantu Pendengaran terbaru oleh PHONAK Switzerland memperkenalkan SKY Q. Alat Bantu Pendengaran SKY Q direka khas untuk kanak-kanak terutamanya dari segi warna.

Baca lebih lanjut di PHONAK.com

Rabu, 14 Mei 2014

Pemasangan acuan telinga alat bantu dengar

Pemasangan Acuan Telinga
Acuan telinga adalah komponen penting dalam pemasangan alat bantu pendengaran. Beberapa contoh pemasangan acuan telinga yang kurang memuaskan dipaparkan di sini untuk renungan bersama. 

Alat bantu telinga longgar
Saluran bunyi terlalu panjang

Acuan telinga dalam gambar di atas mempunyai saluran bunyi yang terlalu panjang menyebabkan alat bantu pendengaran mudah terjatuh. Ini mudah di atasi iaitu dengan memotong saluran bunyi kepada panjang yang bersesuaian.

Acuan telinga longgar
Acuan telinga tidak dipasangkan dengan tepat menyebabkan kebocoran bunyi - feedback issues. Satu lagi masalah dengan pemasangan yang kurang tepat itu ialah kesakitan pada bahagian telinga yang terhimpit akibat kedudukan acuan yang kurang tepat. Acuan yang dipasangkan dengan longgar ini juga boleh menyebabkan alat bantu pendengaran terjatuh.

Pemasangan acuan telinga yang tepat

Acuan telinga di dalam gambar di atas adalah pemasangan yang tepat dan memuaskan. Pengguna dapat mendengar dengan jelas sebab semua bunyi dari alat memasuki saluran telinga dengan sempurna. 

Alat bantu pendengaran pun selamat pada telinga dan tidak mudah terjatuh.

Acuan Telinga Tersumbat

Acuan telinga tersumbat menyebabkan bunyi tidak boleh sampai ke telinga. Pemeriksaan acuan telinga setiap pagi sebelum digunakan adalah penting bagi memastikan pendengaran yang jelas.




Isnin, 5 Mei 2014

Penjagaan alat bantu pendengaran

Alat Bantu Pendengaran mengubah hidup seseorang insan yang mengalami masalah pendengaran baik yang ringan hingga yang sangat teruk. 

Untuk memastikan jangka hayat alat tersebut berpanjangan kita perlu menjaga dengan baik. Alat bantu dengar mesti disimpan di tempat kering dan jangan dijatuhkan dengan sengaja.

Semasa alat bantu pendengaran pada telinga, kita mungkin berpeluh. Peluh berupaya menyebabkan karat pada bahagian dalam alat bantu pendengaran. Justeru itu kerosakan berlaku dan fungsi alat terjejas. Oleh demikian kita menggunakan Ear Gear untuk mengurangkan masalah peluh memasuki alat bantu dengar.


Selaput khas pada sistem Ear Gear berupaya mengurangkan kerosakan pada alat bantu pendengaran dan memanjangkan hayat alat tersebut. 

Sistem Ear Gear dan selaput pengering yang sewaktu dengannya boleh didapati di Jensen Hearing, Melaka serta laman web tertentu.


Bateri Alat bantu pendengaran perlu dilepaskan dari alat setiap malam. Bateri yang lemah kadang kala akan kebocoran bahan kimia yang boleh merosakkan bahagian elektronik alatnya. 


Bateri Alat Bantu Pendengaran

Bateri alat bantu pendengaran PHONAK


Teknologi alat bantu pendengaran berkembang pesat dengan peredaran zaman. Namun teknologi bateri alat bantu pendengaran masih tidak berubah. Mungkin yang berubah ialah ketiadaan bateri saiz 5.

Bateri alat bantu pendengaran terbahagi kepada 4 saiz daripada yang paling besar iaitu saiz 675 hingga yang paling kecil iaitu saiz 10. Dua lagi saiz bateri ialah saiz 13 dan saiz 312.

Sebelum tahun 2000, saiz 312 dan saiz 10 adalah khas untuk alat dalam telinga sementara saiz 675 dan saiz 13 untuk alat belakang telinga. Walaubagaimana pun permintaan terhadap saiz alat bantu pendengaran yang kecil bertambah menyebabkan reka bentuk yang memerlukan bateri yang lebih kecil. Sekarang alat belakang telinga boleh menggunakan salah satu daripada bateri tersebut bergantung kepada reka bentuk alat tersebut. 
Bateri Alat Bantu Pendengaran RAYOVAC
Sementara itu, permintaan untuk alat bantu pendengaran dalam telinga yang berkuasa tinggi menyebabkan saiz bateri yang berkapasiti tinggi diperlukan. Oleh itu, saiz 13 pun mungkin terdapat pada sesetengah model alat bantu dengar. 

Alat bantu pendengaran di mana sahaja, baik di Melaka, di Seremban atau di Johor menggunakan salah satu daripada empat saiz bateri tersebut. Malahan seluruh dunia menggunakan keempat-empat saiz. Maka tidak menjadi masalah untuk mendapatkan bateri alat bantu pendengaran sekiranya saiz diketahui. Sekiranya saiz tidak dapat dihafal, kod warna juga boleh digunakan sebagai rujukan. 

Bateri Alat Bantu Pendengaran SIEMENS
Saiz 675 - warna biru 
Saiz 13 - warna jingga / oren
Saiz 312 - warna perang / coklat
Saiz 10 - warna kuning



Kita perlu berwaspada terhadap saiz bateri alat bantu pendengaran kerana terdapat kod bateri berlainan yang mungkin kelihatan saiz sama tetapi kuasa berbeza. Maka kod bateri patut dihafal bagi memastikan kelancaran fungsi alat bantu pendengaran.


Isnin, 23 September 2013

PHONAK Bolero Q kini di Malaysia

PHONAK Bolero Q kini di Melaka.

Alat Bantu Pendengaran Bolero Q
Pendengaran jelas di mana jua. 

Alat Bantu Pendengaran terbaru dari Phonak Bolero Q direka khas bagi memenuhi keperluan gaya hidup individu dan pendengarannya.

Teknologi "Binaural VoiceStream Technology™" mengenalpasti bunyi pertuturan dan memastikan pengguna dapat mendengar dengan jelas di kedua-dua belah telinga. Ini bermakna kita dapat mendengar dengan lebih jelas di pelbagai keadaan.

Mendengar gelak ketawa dan suara kanak-kanak atau mengalami bunyi dedaun dibawah tapak kaki mengkayakan dunia pendengaran kita. Mendengar bunyi seharian di persekitaran kita adalah sebahagian keriangan menemui semua pendengaran yang baik.

Selain itu, alat bantu pendengaran PHONAK Bolero Q juga memberikan keselesaan pendengaran yang jelas. Memahami pertuturan adalah keutamaan, namun keselesaan juga penting. Alat Bantu Pendengaran Phonak mempunyai pelbagai ciri keselesaan yang boleh di laras mengikut keperluan seseorang pengguna. Teknologi Bolero Q berupaya mengurangkan dan justeru menghilangkan bunyi yang kurang selesa dan tidak diingini sewaktu ia dikesan.

Datanglah ke Jensen Hearing untuk merasai keselesaan pendengaran PHONAK Bolero Q hari ini.

Kepentingan pendengaran

Masalah pendengaran mengganggu silaturahim antara manusia. Walaupun kita berupaya bertukar maklumat dengan penulisan dan simbol, kebanyakkan komunikasi harian berlaku menggunakan suara kita. 

Helen Keller, seorang yang mengalami masalah pendengaran dan penglihatan telah berkata, "Masalah penglihatan memutuskan hubungan dengan barangan di persekitaran tetapi masalah pendengaran memutuskan hubungan dengan manusia." 

Tanpa disedari, pendengaran memainkan peranan penting dalam hidupan seharian terutama dari segi hubungan silaturahim. Penglihatan manusia cuma melihat kehadapan. Kalau kita terlihat ancaman maka kita akan memikirkan cara terbaik untuk menyelamatkan kiri dari bahaya. Tetapi kita bergantung pada pendengaran untuk keselamatan dari ancaman dari belakang atau dari tempat di luar skop penglihatan kita. 
  • Tanpa pendengaran kita akan terasa terancam. 
  • Tanpa pendengaran kita akan rasa tersisir dari masyarakat. 
  • Tanpa pendengaran kita tidak boleh menghayati bunyi persekitaran yang indah.
  • Tanpa pendengaran kita tidak boleh berhubung dengan orang tersayang.
Hayatilah pendengaran anda. Dapatkan ujian pendengaran bagi memastikan kualiti hidup yang memuaskan.
Alat Bantu Pendengran Digital
Alat Bantu Pendegaran dalam telinga

Sabtu, 7 September 2013

SIEMENS Micon kini di Melaka, Malaysia

Alat Bantu Pendengaran terkini dari SIEMENS sekarang boleh di dapati di Jensen Hearing, Melaka. SIEMENS telah memperkenalkan processor terbaru mereka - micon yang berupaya menganalisa bunyi dengan kadar yang terpantas di dunia. Jenama-jenama alat bantu pendengaran berupaya menggunakan processor 16 saluran tetapi SIEMENS berupaya menggunakan 48 saluran dalam unit SIEMENS micon 7.

Perbezaan ketara pada keselesaan bunyi alatnya yang nyaman.


Bunyi direkabentuk semula dengan sempurna.

Cip processor terbaru - micon™ merupakan pendekatan terbaru dari segi kejuruteraan audiologi. Ia memberikan kombinasi menyeluruh dalam satu pentas dari segi keselesaan suara dan kejelasan yang menukjubkan. Siemens micon adalah pentas terbaru di sokong oleh Teknologi BestSound® dari Siemens.

Semua ciri terbaik dalam industri hanya dari Siemens.

micon product familyInsio dan Motion produk micon terbaru 
  • Processor 48 saluran suara
  • 250 juta arahan sesaat
  • Dua kali ganda pemprosesan suaran
  • Julat frekuensi bertambah ke 12kHz
  • Optimized directionality and noise reduction
  • "Feedback cancellation" yang lebih cepat dan lebih pintar.
  • 6 situasi berbeza dalam satu progam
  • Ciri kemampatan frekuensi bagi kejelasan suara
  • Terapi tinnitus dengan dan tanpa amplifikasi
  • Semua produk alat bantu pendengran micon jenis belakang telinga mempunyai paras IP67 atau IP68 dan adalah kalis air dan kalis habuk.

Keputusannya ialah pendengaran yang aman dan selesa sehingga pemakai mungkin terlupa mereka sedang menggunakan alat bantu pendengaran.

Jumaat, 8 Mac 2013

Phonak cassia, alat bantu pendengaran teknologi Swiss

PHONAK Cassia Alat Bantu Pendengaran dari PHONAK, Switzerland memperkenalkan keluarga CASSIA pada tahun 2011 di Malaysia. CASSIA termasuk dalam sistem SPICE yang memberikan pendengaran yang lebih nyaman walaupun di tempat yang bising.

PHONAK Cassia


CASSIA boleh didapati dalam CIC, ITC, ITE, BTE, OpenFit dan mempunyai sistem wireless yang terkini. Dengan teknologi wireless, pengguna boleh menikmati pendengaran yang lebih jelas dengan televisyen, telefon dan terknologi MP3 yang menggunakan sistem bluetooth.

PHONAK memastikan kemajuan teknologi pendengaran terkini dengan pelaburan dari syarikat induknya SONOVA holdings di Swizerland.