Rabu, 14 Mei 2014

Pemasangan acuan telinga alat bantu dengar

Pemasangan Acuan Telinga
Acuan telinga adalah komponen penting dalam pemasangan alat bantu pendengaran. Beberapa contoh pemasangan acuan telinga yang kurang memuaskan dipaparkan di sini untuk renungan bersama. 

Alat bantu telinga longgar
Saluran bunyi terlalu panjang

Acuan telinga dalam gambar di atas mempunyai saluran bunyi yang terlalu panjang menyebabkan alat bantu pendengaran mudah terjatuh. Ini mudah di atasi iaitu dengan memotong saluran bunyi kepada panjang yang bersesuaian.

Acuan telinga longgar
Acuan telinga tidak dipasangkan dengan tepat menyebabkan kebocoran bunyi - feedback issues. Satu lagi masalah dengan pemasangan yang kurang tepat itu ialah kesakitan pada bahagian telinga yang terhimpit akibat kedudukan acuan yang kurang tepat. Acuan yang dipasangkan dengan longgar ini juga boleh menyebabkan alat bantu pendengaran terjatuh.

Pemasangan acuan telinga yang tepat

Acuan telinga di dalam gambar di atas adalah pemasangan yang tepat dan memuaskan. Pengguna dapat mendengar dengan jelas sebab semua bunyi dari alat memasuki saluran telinga dengan sempurna. 

Alat bantu pendengaran pun selamat pada telinga dan tidak mudah terjatuh.

Acuan Telinga Tersumbat

Acuan telinga tersumbat menyebabkan bunyi tidak boleh sampai ke telinga. Pemeriksaan acuan telinga setiap pagi sebelum digunakan adalah penting bagi memastikan pendengaran yang jelas.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan