Memaparkan catatan dengan label Jensen Hearing. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jensen Hearing. Papar semua catatan

Isnin, 5 Mei 2014

Penjagaan alat bantu pendengaran

Alat Bantu Pendengaran mengubah hidup seseorang insan yang mengalami masalah pendengaran baik yang ringan hingga yang sangat teruk. 

Untuk memastikan jangka hayat alat tersebut berpanjangan kita perlu menjaga dengan baik. Alat bantu dengar mesti disimpan di tempat kering dan jangan dijatuhkan dengan sengaja.

Semasa alat bantu pendengaran pada telinga, kita mungkin berpeluh. Peluh berupaya menyebabkan karat pada bahagian dalam alat bantu pendengaran. Justeru itu kerosakan berlaku dan fungsi alat terjejas. Oleh demikian kita menggunakan Ear Gear untuk mengurangkan masalah peluh memasuki alat bantu dengar.


Selaput khas pada sistem Ear Gear berupaya mengurangkan kerosakan pada alat bantu pendengaran dan memanjangkan hayat alat tersebut. 

Sistem Ear Gear dan selaput pengering yang sewaktu dengannya boleh didapati di Jensen Hearing, Melaka serta laman web tertentu.


Bateri Alat bantu pendengaran perlu dilepaskan dari alat setiap malam. Bateri yang lemah kadang kala akan kebocoran bahan kimia yang boleh merosakkan bahagian elektronik alatnya. 


Sabtu, 7 September 2013

SIEMENS Micon kini di Melaka, Malaysia

Alat Bantu Pendengaran terkini dari SIEMENS sekarang boleh di dapati di Jensen Hearing, Melaka. SIEMENS telah memperkenalkan processor terbaru mereka - micon yang berupaya menganalisa bunyi dengan kadar yang terpantas di dunia. Jenama-jenama alat bantu pendengaran berupaya menggunakan processor 16 saluran tetapi SIEMENS berupaya menggunakan 48 saluran dalam unit SIEMENS micon 7.

Perbezaan ketara pada keselesaan bunyi alatnya yang nyaman.


Bunyi direkabentuk semula dengan sempurna.

Cip processor terbaru - micon™ merupakan pendekatan terbaru dari segi kejuruteraan audiologi. Ia memberikan kombinasi menyeluruh dalam satu pentas dari segi keselesaan suara dan kejelasan yang menukjubkan. Siemens micon adalah pentas terbaru di sokong oleh Teknologi BestSound® dari Siemens.

Semua ciri terbaik dalam industri hanya dari Siemens.

micon product familyInsio dan Motion produk micon terbaru 
  • Processor 48 saluran suara
  • 250 juta arahan sesaat
  • Dua kali ganda pemprosesan suaran
  • Julat frekuensi bertambah ke 12kHz
  • Optimized directionality and noise reduction
  • "Feedback cancellation" yang lebih cepat dan lebih pintar.
  • 6 situasi berbeza dalam satu progam
  • Ciri kemampatan frekuensi bagi kejelasan suara
  • Terapi tinnitus dengan dan tanpa amplifikasi
  • Semua produk alat bantu pendengran micon jenis belakang telinga mempunyai paras IP67 atau IP68 dan adalah kalis air dan kalis habuk.

Keputusannya ialah pendengaran yang aman dan selesa sehingga pemakai mungkin terlupa mereka sedang menggunakan alat bantu pendengaran.