Isnin, 5 Mei 2014

Bateri Alat Bantu Pendengaran

Bateri alat bantu pendengaran PHONAK


Teknologi alat bantu pendengaran berkembang pesat dengan peredaran zaman. Namun teknologi bateri alat bantu pendengaran masih tidak berubah. Mungkin yang berubah ialah ketiadaan bateri saiz 5.

Bateri alat bantu pendengaran terbahagi kepada 4 saiz daripada yang paling besar iaitu saiz 675 hingga yang paling kecil iaitu saiz 10. Dua lagi saiz bateri ialah saiz 13 dan saiz 312.

Sebelum tahun 2000, saiz 312 dan saiz 10 adalah khas untuk alat dalam telinga sementara saiz 675 dan saiz 13 untuk alat belakang telinga. Walaubagaimana pun permintaan terhadap saiz alat bantu pendengaran yang kecil bertambah menyebabkan reka bentuk yang memerlukan bateri yang lebih kecil. Sekarang alat belakang telinga boleh menggunakan salah satu daripada bateri tersebut bergantung kepada reka bentuk alat tersebut. 
Bateri Alat Bantu Pendengaran RAYOVAC
Sementara itu, permintaan untuk alat bantu pendengaran dalam telinga yang berkuasa tinggi menyebabkan saiz bateri yang berkapasiti tinggi diperlukan. Oleh itu, saiz 13 pun mungkin terdapat pada sesetengah model alat bantu dengar. 

Alat bantu pendengaran di mana sahaja, baik di Melaka, di Seremban atau di Johor menggunakan salah satu daripada empat saiz bateri tersebut. Malahan seluruh dunia menggunakan keempat-empat saiz. Maka tidak menjadi masalah untuk mendapatkan bateri alat bantu pendengaran sekiranya saiz diketahui. Sekiranya saiz tidak dapat dihafal, kod warna juga boleh digunakan sebagai rujukan. 

Bateri Alat Bantu Pendengaran SIEMENS
Saiz 675 - warna biru 
Saiz 13 - warna jingga / oren
Saiz 312 - warna perang / coklat
Saiz 10 - warna kuning



Kita perlu berwaspada terhadap saiz bateri alat bantu pendengaran kerana terdapat kod bateri berlainan yang mungkin kelihatan saiz sama tetapi kuasa berbeza. Maka kod bateri patut dihafal bagi memastikan kelancaran fungsi alat bantu pendengaran.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan