Selasa, 14 Julai 2015

Beli online atau beli di pusat audiologi / pusat pendengaran?

Mengapa tidak beli alat bantu pendengaran secara atas talian sahaja?

Kos alat bantu pendengaran terus naik! Kos semasa bagi alat bantu pendengaran di Malaysia kini ialah antara RM 1000  hingga RM 16 000. Bagaimanakah ini mungkin? Terutamanya apabila saya boleh mendapatkan satu alat bantu pendengaran dari laman web untuk RM 200!

Saya sering ditanya mengapa seseorang perlu memilih untuk mendapatkan alat bantu pendengaran dari seorang audiologis dan bukannya memberi alat bantuan pendengaran pesanan mel atau secara atas talian. Ramai orang melihat harga dan membuat keputusan untuk alat yang termurah. Pembeli lebih canggih menyedari perbezaan di antara nilai dan harga. Pada musim cuti ini, cuba beri perhatian kepada apa yang anda terlepas dengar, dan bayangkan kelebihan yang anda boleh lakukan jika anda mempunyai pendengaran yang lebih baik dengan khidmat nasihat profesional.

Alat bantu pendengaran murah adalah ... murah!
Rupa dan rasa casing, pintu bateri, seakan sekeping plastik yang duduk di dalam saluran telinga - plastik murah. Malah ia mungkin berbahaya kepada telinga sekiranya saiz dan bentuk tidak tepat dengan saluran telinga anda. Dari segi kualiti bunyi pula, jika kita mengkaji bunyi yang dikuatkan, kebanyakan masa alat murah cuma menguatkan bunyi tanpa mengambil kira tahap pendengaran penggunanya. Alat tidak dapat mengambil kira keselesaan pengguna atau kendendak pengguna mengikut keaddan persekitaran. Bahkan ada sebegini mungkin menyebabkan masalah pendengaran yang bertambah teruk akibat bunyi terlalu kuat atau bunyi pada tahap yang tidak selamat.

Selain itu, bunyi latar belakang tidak dapat dikurangkan, malah ramai menggambarkan bunyi yang didengari serupa dengan radio transistor yang murah. Penjagaan dan penyelenggaraan yang kurang memuaskan. Bagaimana pula sewaktu alat pendengaran itu rosak? Siapakah yang boleh mereka tanya sekiranya mereka ada soalan? Dimanakan mereka boleh dapatkan bantuan sekiranya alat itu dibeli atas talian atau dari laman web sahaja? Alat bantu pendengaran memerlukan kepakaran untuk dibaiki dan perlu diaturcarakan dengan program komputer tertentu. Jika mereka bernasib baik, mereka mungkin telah menyimpan alamat asal atau nombor telefon supaya mereka boleh menghantar alat itu kembali ke kilang. Mudah-mudahan mereka akan menerimanya kembali dalam beberapa minggu setelah dibaiki. Tetapi yang paling teruk sekali ialah selepas dua atau tiga bulan mencuba alat tersebut dengan pendengaran yang kurang memuaskan, mereka akhirnya berputus asa. Ini adalah satu pembaziran sebanyak RM200, yang sepatutnya dibelanjakan untuk sesuatu yang lebih bernilai.

Dapatkan nasihat profesional
Langkah pertama kearah pendengaran yang lebih jelas ialah mendapatkan khidmat nasihat pakar yang berada dekat dengan anda. Alat bantu pendengaran hanya sebahagian daripada apa dibayar. Khidmat nasihat para audiologis adalah penting. Audiologis akan mengajar cara memasukkan, mengeluarkan, dan membersihkan alat bantu anda. Cara menukar bateri juga penting. Rehabilitasi pendengaran memerlukan pengetahuan serta khidmat nasihat audiologis. Kita perlu tahu proses pendengaran mengambil masa yang lama. Maka kita perlu tahu apa yang patut dialami dalam tempoh tiga minggu akan datang, tiga bulan, tiga tahun, dan seluruh kehidupan alat ini? Pada pendapat saya, proses menyesuaikan diri dengan alat bantuan pendengaran adalah seperti menyesuaikan diri untuk larian maraton. Ini merupakan pemikiran yang baik untuk memulakan mudah pada mulanya dan hadir untuk mengaturcarakan bunyi dari semasa ke semasa. Semua orang berhak mendapatkan program rehabilitasi pendengaran yang dikhaskan untuk keperluan seharian mereka.

Isu Teknologi
Alat bantu pendengaran yang lebih murah datang dengan pilihan terhad dan kekurangan keupayaan untuk memproses isyarat hingar latar belakang. Namun, jika faktor kos adalah benar-benar satu isu kita perlu tahu batasan peralatan yang dibeli supaya sesuai dengan keperluan pendengaran pengguna. Alat Bantu Pendengaran yang lebih asas masih jauh lebih baik daripada apa yang ditawarkan oleh alat murahan.

Dapatkan khidmat nasihat pakar audiologi dari http://www.mash.org.my atau http://www.mansa.org.my hari ini juga untuk pendengaran yang lebih jelas.



2 ulasan: