Rabu, 8 Oktober 2014

Alat Bantu Pendengaran SKY Q oleh PHONAK

Siri Alat Bantu Pendengaran terbaru oleh PHONAK Switzerland memperkenalkan SKY Q. Alat Bantu Pendengaran SKY Q direka khas untuk kanak-kanak terutamanya dari segi warna.

Baca lebih lanjut di PHONAK.com

Alat Bantu Pendengaran SIEMENS ACE 7mi

SIEMENS ACE 7mi
SIEMENS ACE 7mi

JENSEN HEARING memperkenalkan alat bantu pendengaran belakang telinga yang paling kecil di dunia sekarang ini - SIEMENS ACE 7mi.

SIEMENS ACE merupakan alat bantu pendengaran yang kecil saiznya namun berkeupayaan besar dari segi memberikan pendengaran yang jelas walaupun suara bisikan orang tersayang. Kejelasan suara yang optimal dan selesa memastikan pemakaian yang berterusan untuk sehari tanpa keletihan. Alat Bantu Pendengaran SIEMENS ACE kalis air dan bertaraf IP67 membolehkan pemakai mengunakan alat ini walaupun di tepi pantai. 

Saiznya yang kecil dipadankan dengan pilihan warna memastikan lagi alat ini berselindung dalam rambut dan tidak kelihatan walaupun dipakai dibelakang telinga. 

SIEMENS ACE 7mi menggunakan teknologi BEST SOUND dari SIEMENS yang berupaya mengesan suasana suara persekitaran untuk memilih bunyi yang patut dijelaskan serta mengurangkan kebisingan. Justeru itu, pengguna akan merasai keselesaan yang hampir asli.

SIEMENS ACE dilengkapi dengan ciri-ciri berikut:
  • Rekabentu  dengan saiz yang sangat kecil
  • Kawalan tinnitus
  • Kerak perbagai warna untuk dipilih mengikut warna kulit atau warna rambut
  • Menggunakan "miniReceiver" untuk suara asli
  • Teknologi SIEMENS BestSound®
  • Teknologi Mikrofon Dwihala bagi memfokus pertuturan.
  • Punat memori untuk membezakan suara mengikut suasana 
SIEMENS ACE 7mi merupakan pilihan mereka yang mahukan pendengaran yang lebih jelas dan selesa sambil memastikan alat bantu pendengaran mereka tidak kelihatan.

Saiz ACE yang kecil

Ahad, 6 Julai 2014

Penapis alat bantu pendengaran

PHONAK In the Canal hearing aid
Alat Bantu Pendengaran jenis dalam telinga ("In the canal") di atas tidak berfungsi dengan optimal. Penggunanya tidak mendengar dengan jelas walaupun dengan bateri baru. Apakah masalahnya? Apakah alatnya sudah rosak dan perlu dibaiki?

Jika diperhatikan, penapis alat bantu pendengaran dalam gambar di atas kotor dan tersalut dengan kekotoran telinga. Justeru itu, suara dari alat bantu pendengaran tidak sampai dengan sempurna ke dalam salur telinga.

PHONAK in the canal hearing aid without filter

Penapis Alat bantu pendengaran di dalam gambar di atas telah dibuang. Kekotoran luaran dibersihkan dengan berus. Setelah dipastikan bahagian "receiver" bersih, penapis baru boleh dipasangkan.

PHONAK In the canal hearing aid with filter

Penapis baru dipasangkan pada alat bantu pendengaran dan penggunanya dapat mendengar dengan jelas semula. Sistem penapis pakai buang adalah bersih dan memastikan penggunanya dapat menjaga kejelasan bunyi tanpa pergi ke kedai untuk mendapatkan bantuan.

Rabu, 14 Mei 2014

Pemasangan acuan telinga alat bantu dengar

Pemasangan Acuan Telinga
Acuan telinga adalah komponen penting dalam pemasangan alat bantu pendengaran. Beberapa contoh pemasangan acuan telinga yang kurang memuaskan dipaparkan di sini untuk renungan bersama. 

Alat bantu telinga longgar
Saluran bunyi terlalu panjang

Acuan telinga dalam gambar di atas mempunyai saluran bunyi yang terlalu panjang menyebabkan alat bantu pendengaran mudah terjatuh. Ini mudah di atasi iaitu dengan memotong saluran bunyi kepada panjang yang bersesuaian.

Acuan telinga longgar
Acuan telinga tidak dipasangkan dengan tepat menyebabkan kebocoran bunyi - feedback issues. Satu lagi masalah dengan pemasangan yang kurang tepat itu ialah kesakitan pada bahagian telinga yang terhimpit akibat kedudukan acuan yang kurang tepat. Acuan yang dipasangkan dengan longgar ini juga boleh menyebabkan alat bantu pendengaran terjatuh.

Pemasangan acuan telinga yang tepat

Acuan telinga di dalam gambar di atas adalah pemasangan yang tepat dan memuaskan. Pengguna dapat mendengar dengan jelas sebab semua bunyi dari alat memasuki saluran telinga dengan sempurna. 

Alat bantu pendengaran pun selamat pada telinga dan tidak mudah terjatuh.

Acuan Telinga Tersumbat

Acuan telinga tersumbat menyebabkan bunyi tidak boleh sampai ke telinga. Pemeriksaan acuan telinga setiap pagi sebelum digunakan adalah penting bagi memastikan pendengaran yang jelas.




Rekabentuk alat bantu pendengaran

Reka bentuk alat bantu pendengaran 


Saiz kecil dan warna hitam memastikan alat bantu dengar tidak kelihatan, malah seperti sebahagian tangkai cermin mata



Ada pula yang bersembunyi sebagai mikrofon Bluetooth telefon bimbit 



Alat bantu pendengaran dalam telinga yang dikenali sebagai "micro CIC" atau nano 

Isnin, 5 Mei 2014

Penjagaan alat bantu pendengaran

Alat Bantu Pendengaran mengubah hidup seseorang insan yang mengalami masalah pendengaran baik yang ringan hingga yang sangat teruk. 

Untuk memastikan jangka hayat alat tersebut berpanjangan kita perlu menjaga dengan baik. Alat bantu dengar mesti disimpan di tempat kering dan jangan dijatuhkan dengan sengaja.

Semasa alat bantu pendengaran pada telinga, kita mungkin berpeluh. Peluh berupaya menyebabkan karat pada bahagian dalam alat bantu pendengaran. Justeru itu kerosakan berlaku dan fungsi alat terjejas. Oleh demikian kita menggunakan Ear Gear untuk mengurangkan masalah peluh memasuki alat bantu dengar.


Selaput khas pada sistem Ear Gear berupaya mengurangkan kerosakan pada alat bantu pendengaran dan memanjangkan hayat alat tersebut. 

Sistem Ear Gear dan selaput pengering yang sewaktu dengannya boleh didapati di Jensen Hearing, Melaka serta laman web tertentu.


Bateri Alat bantu pendengaran perlu dilepaskan dari alat setiap malam. Bateri yang lemah kadang kala akan kebocoran bahan kimia yang boleh merosakkan bahagian elektronik alatnya. 


Bateri Alat Bantu Pendengaran

Bateri alat bantu pendengaran PHONAK


Teknologi alat bantu pendengaran berkembang pesat dengan peredaran zaman. Namun teknologi bateri alat bantu pendengaran masih tidak berubah. Mungkin yang berubah ialah ketiadaan bateri saiz 5.

Bateri alat bantu pendengaran terbahagi kepada 4 saiz daripada yang paling besar iaitu saiz 675 hingga yang paling kecil iaitu saiz 10. Dua lagi saiz bateri ialah saiz 13 dan saiz 312.

Sebelum tahun 2000, saiz 312 dan saiz 10 adalah khas untuk alat dalam telinga sementara saiz 675 dan saiz 13 untuk alat belakang telinga. Walaubagaimana pun permintaan terhadap saiz alat bantu pendengaran yang kecil bertambah menyebabkan reka bentuk yang memerlukan bateri yang lebih kecil. Sekarang alat belakang telinga boleh menggunakan salah satu daripada bateri tersebut bergantung kepada reka bentuk alat tersebut. 
Bateri Alat Bantu Pendengaran RAYOVAC
Sementara itu, permintaan untuk alat bantu pendengaran dalam telinga yang berkuasa tinggi menyebabkan saiz bateri yang berkapasiti tinggi diperlukan. Oleh itu, saiz 13 pun mungkin terdapat pada sesetengah model alat bantu dengar. 

Alat bantu pendengaran di mana sahaja, baik di Melaka, di Seremban atau di Johor menggunakan salah satu daripada empat saiz bateri tersebut. Malahan seluruh dunia menggunakan keempat-empat saiz. Maka tidak menjadi masalah untuk mendapatkan bateri alat bantu pendengaran sekiranya saiz diketahui. Sekiranya saiz tidak dapat dihafal, kod warna juga boleh digunakan sebagai rujukan. 

Bateri Alat Bantu Pendengaran SIEMENS
Saiz 675 - warna biru 
Saiz 13 - warna jingga / oren
Saiz 312 - warna perang / coklat
Saiz 10 - warna kuning



Kita perlu berwaspada terhadap saiz bateri alat bantu pendengaran kerana terdapat kod bateri berlainan yang mungkin kelihatan saiz sama tetapi kuasa berbeza. Maka kod bateri patut dihafal bagi memastikan kelancaran fungsi alat bantu pendengaran.


Isnin, 28 April 2014