Isnin, 23 September 2013

Kepentingan pendengaran

Masalah pendengaran mengganggu silaturahim antara manusia. Walaupun kita berupaya bertukar maklumat dengan penulisan dan simbol, kebanyakkan komunikasi harian berlaku menggunakan suara kita. 

Helen Keller, seorang yang mengalami masalah pendengaran dan penglihatan telah berkata, "Masalah penglihatan memutuskan hubungan dengan barangan di persekitaran tetapi masalah pendengaran memutuskan hubungan dengan manusia." 

Tanpa disedari, pendengaran memainkan peranan penting dalam hidupan seharian terutama dari segi hubungan silaturahim. Penglihatan manusia cuma melihat kehadapan. Kalau kita terlihat ancaman maka kita akan memikirkan cara terbaik untuk menyelamatkan kiri dari bahaya. Tetapi kita bergantung pada pendengaran untuk keselamatan dari ancaman dari belakang atau dari tempat di luar skop penglihatan kita. 
  • Tanpa pendengaran kita akan terasa terancam. 
  • Tanpa pendengaran kita akan rasa tersisir dari masyarakat. 
  • Tanpa pendengaran kita tidak boleh menghayati bunyi persekitaran yang indah.
  • Tanpa pendengaran kita tidak boleh berhubung dengan orang tersayang.
Hayatilah pendengaran anda. Dapatkan ujian pendengaran bagi memastikan kualiti hidup yang memuaskan.
Alat Bantu Pendengran Digital
Alat Bantu Pendegaran dalam telinga

Tiada ulasan:

Catat Ulasan